Apakah Itu Bell Palsy?
Penyakit Bell Palsy adalah sejenis penyakit berkenaan kelumpuhan atau kelemahan otot pada hanya sebelah muka.
Ia
disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot muka dan menjadikan
muka terasa berat sebelah (tiada reaksi otot atau kaku untuk kawalan
ekspresi muka).
Masalah kerosakan
saraf ini juga mungkin boleh menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa,
masalah pengeluaran air mata dan air liur.
Menurut
pakar, penyakit ini boleh terjadi dalam masa semalaman sahaja dan
mungkin memerlukan beberapa minggu untuk ia kembali normal bergantung
kepada tahap keseriusan masalah saraf yang dihadapi pesakit.
Bell Palsy Tiada Kaitan Dengan Serangan Stroke
Bila
dengar tentang kelumpuhan sebelah muka, kita mungkin kaitkannya dengan
serangan Stroke. Itu mungkin tanggapan pertama kita. Namun, menurut
sumber laman WebMD, Bell Palsy dikatakan tiada kaitan dengan Stroke.
Walaupun
Stroke juga boleh menyebabkan kelumpuhan otot muka, ia tidak ada kaitan
antara keduanya. Namun jika anda mengalami masalah kaku sebelah muka,
jangan ambil risiko!
Jalan terbaik
ialah mendapatkan pengesahan dan rawatan daripada doktor pakar. Ia
mungkin tanda anda mengalami Bell Palsy, atau juga mungkin tanda masalah
penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana Bell Palsy Boleh Datang Dengan Tiba-tiba?
Sehingga
ke hari ini, punca terjadinya Bell Palsy masih lagi tidak diketahui.
Jelasnya ia dipercayai terjadi akibat masalah gangguan atau tekanan
saraf yang mengawal otot pada muka.
Gangguan
saraf ini pula mungkin disebabkan oleh keradangan akibat infeksi virus
seperti herpes simplex, varisela zoster, Treponema lallidum (penyebab
sifilis) atau Epstein-Barr (penyebab demam kalenjar).
Sebenarnya
ada banyak masalah penyakit lain yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan
kelemahan otot muka sebegini. Cuma apabila puncanya sukar dikenalpasti,
ia akan dikaitkan dengan penyakit Bell Palsy.
Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy
Umumnya, Bell Palsy kerap kali terjadi kepada:
- Wanita hamil dan memasuki fasa trimester ketiga
- Wanita yang baru lepas melahirkan bayi
- Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah diserang Bell Palsy
- Penderita diabetes
- Penghidap HIV
Gejala dan komplikasi Bell Palsy
Gejala setiap seorang mungkin tidak sama. Di antara gejalanya adalah :
- Kelumpuhan atau kebas pada sisi wajah
- Mulut dan kelopak mata tidak dapat di buka atau ditutup.
- Gangguan pada mata seperti masalah mata kering
- Masalah sakit telinga pada sebelah muka yang mengalami kelumpuhan seperti sensitif kepada bunyi atau berdengung
- Rasa berdengung pada salah satu telinga atau kedua-duanya
- Bahagian mulut yang terjejas akan mudah berair liur
- Mulut terasa kering
- Sakit dan pening kepala
- Kesukaran untuk makan, minum dan bercakap
- Kelemahan atau kelumpuhan otot secara terus menerus
- Otot wajah berkedut
- Kemampuan deria rasa menurun
Rawatan Penyakit Bell Palsy
Teknik
rawatan tertentu dikatakan mampu merawat penyakit Bell Palsy. Ia sama
ada tertumpu kepada merawat punca utama gangguan saraf yang terjejas
atau mengawal kesan sampingan akibat Bell Palsy.
Antara rawatan penyakit bell palsy adalah seperti berikut:
#1 – Ubat kortikosteroid seperti prednisolone : Untuk mengurangkan bengkak yang terjadi pada saraf wajah
#2 – Ubat titis mata
: Penderita bell palsy akan mengalami kesukaran untuk menutup mata.
Maka mata akan menjadi kering dan mudah terkena infeksi. Ubat titis mata
akan digunakan bagi mencegah masalah yang mungkin timbul di mata akibat
mata yang tidak dapat ditutup.
#3 – Pembedahan plastik :
Pembedahan ini tidak akan mampu mengembalikan fungsi saraf seperti
biasa. Ia akan melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta
meningkatkan fungsi wajah yang kaku dan layu. Kebiasaanya, pembedahan
plastik ini dilakukan untuk memperbaiki fungsi kelopak mata, memperbaiki
posisi mulut, membantu dalam percakapan, makan, minum serta memperbaiki
keseimbangan bentuk wajah.
#4 – Fisioterapi : Ahli fisioterapi akan membantu dan mengajar latihan-latihan yang boleh menguatkan otot-otot wajah.
#5 – Suntikan botox
: Kebiasaannya dilakukan kepada penderita bell palsy kronik. Ia
berfungsi untuk meningkatkan penampilan wajah secara keseluruhan dan
dilakukan setiap 4 bulan sekali.
#6 – Alternatif Rawatan Lain :
Teknik relaktasi, akupuntur dan rawatan dalaman mampu mempercepatkan
pemulihan Bell Palsy dan mampu mengembalikan fungsi saraf wajah.
Bagaimana Peluang Pesakit Bell Palsy Untuk Kembali Sembuh?
70%
daripada pesakit bell palsy biasanya akan kembali pulih selepas 2-3
minggu. Namun, bergantung kepada tahap kerosakan saraf yang di alami,
kesedaran dan tindakan pesakit untuk mendapatkan rawatan. Ia mungkin
memakan masa sehingga 10 bulan untuk ulih sepenuhnya atau lebih lama
lagi mengikut kondisi pesakit.
Alternatif Pemulihan Bell Palsy Secara Nutrisi
Selain tertumpu kepada kaedah rawatan utama, tahukah anda Bell Palsy boleh diatasi melalui kaedah nutrisi.Ia tetap tertumpu kepada masalah berkaitan saraf pada otot muka. Untuk mempercepatkan pemulihan, mungkin kaedah memperbaiki sel saraf secara dalaman dapat membantu.
Saraf yang
rosak mahupun bahagian organ yang terjejas akibat kesan sampingan Bell
Palsy amat memerlukan sumber nutrien yang dapat mengembalikan kesihatan
sel dan fungsinya.
Antara sumber yang diperlukan terkandung di dalam set nutrisi Shaklee di bawah:
#1 – Vivix :
mengurangkan keradangan. Ia membaikpulih DNA, menggalakkan penghasilan
tenaga sel dan mencegah pengumpulan AGE protein. Sangat baik untuk
memperbaiki sel saraf.
#2 – B Complex :
Ia sangat efektif dalam mengurangkan kesakitan akibat kerosakan saraf
dengan cara meningkatkan pengeluaran serotonin. Serotonin adalah
neurotransmitter (penghantar saraf) yang terlibat dalam pengawalaturan
salur darah. Paras serotonin yang rendah akan menyebabkan gangguan saraf
pada otak.
B Complex juga terlibat dalam fungsi imun dan emosi. Ia mampu menghilangkan kekejangan dan kekakuan pada bahagian tubuh. Ia juga mengawal stress atau tekanan dan melancarkan peredaran darah
B Complex juga terlibat dalam fungsi imun dan emosi. Ia mampu menghilangkan kekejangan dan kekakuan pada bahagian tubuh. Ia juga mengawal stress atau tekanan dan melancarkan peredaran darah
#3 – OmegaGuard :
Omega-3 berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti radang. Ia akan
mengurangkan bengkak pada saraf dan membantu melancarkan aliran darah.
Ia juga membantu meningkatkan imun sistem tubuh seterusnya menghalang
radang dari menjadi lebih teruk.
Syukur Alhamdulillah: Saya Kembali Pulih Daripada Bell Palsy!
Dalam
info di atas, saya ada kongsikan bahawa 70% pesakit Bell Palsy berupaya
kembali normal dalam tempoh 2 ~ 3 minggu. Itu tempoh yang mungkin
paling cepat.
Rakan saya ini
mengambil masa sehingga 90 hari (kira-kira 13 minggu) untuk sembuh! Apa
yang beliau alami mungkin boleh memberi kesedaran dan kita boleh ambil
iktibar daripadanya.
Malah dalam
respon rakan-rakan yang lain, ada antara ahli keluarga yang hampir
berpuluh tahun baru dapat sembuh daripada penyakit Bell Palsy. Kita
usaha, Inshaa Allah Dia akan temukan jodoh penawarnya.
BILA SEBELAH MUKA KU KAKU a.k.a BELLPALSY
2 Oktober 2015
Alhamdullilah .
Saya
bangun tidur, sebelah muka dah jatuh dan tak boleh senyum. Mata tak
boleh tutup. Air mata mengalir tak terkawal macam menangis. Sakit muka
rasa tegang je.
Diagnosis doktor sahkan saya diserang BELL PALSY. Bukan STROKE tapi kelemahan sebelah otot muka. Saya di STEROID. Punca UNKNOWN. Tapi mungkin sebab saya menyusukan anak dan baru lepas bersalin.
Saya tidak mengambil sebarang STEROID lagi selepas tu. Saya consume SPECIAL DOSE VIVIX dan consume OmegaGuard, B Complex, Vita-E Complex dgn EXTREME. Saya juga menjalani fisioterapi. Alhamdullilah selepas 90 hari Saya diberi kesempatan untuk SENYUM kembali.
Share la, saya izinkan. Kalau ada ahli keluarga / sahabat handai yang mengalami penyakit ini, berikan mereka SUPPORT.
Ia
bukan mudah seperti dijangka. Hanya yang pernah mengalaminya seperti
saya dan sahabat BELL PALSY sahaja yang tahu apa yang kami rasa.
Actually “it’s more to self confidence / esteem”. Tapi serius ia MANIS untuk diingati Dalam kalender kehidupan jika kembali pulih daripadanya.
Hadiah dari Allah. Harap ia dapat menghapus segala dosa-dosa…
– Faiza Suhada
Suami saya mula ambil Vivix Shaklee pada minggu kedua selepas diserang Bell’s Palsy. Selepas 2 atau 3 hari, dah nampak perubahan yg sangat ketara.Sehinggalah beliau bebas sepenuhnya dari penyakit Bell’s Palsy pada minggu ketiga sehinggalah sekarang. Alhamdulillah.– Shafini Zain