Pages

Cara Semak Baki Tunggakan PTPTN Online 2017

Bagaimana nak semak bagi tunggakan PTPTN kita secara online? untuk kali ini admin akan kongsi kan langkah demi langkah bagaimana anda boleh check baki tunggakkan itu.

Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana cara nak semak bagi tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN):

LANGKAH 1:
Pergi ke laman sesawang PTPTN.GOV.MY dan cari bahagian Bajet 2017 dan klik pada bahagian tersebut.
LANGKAH 2:
Langkah seterusnya Log Masuk Bajet 2017, masukkan no. kad pengenalan dan no. pinjaman. Bagaimana nak dapatkan No.Pinjaman bagi setiap peminjam? anda boleh dapatkan dengan menerusi talian 03-2193 3000

LANGKAH 3: 
Sila klik pada bahagian "Pengesahan Baki Online" dan ikuti langkah seterusnya.

LANGKAH 4:
Pada paparan terakhir ini akan dapat lihat butir-butir maklumat baki tunggakan pinjaman PTPTN anda

Berikut adalah maklumat akan akan anda lihat pada paparan semak baki tunggakkan tersebut:

  • Jumlah Keseluruhan Pinjaman 
  • Jumlah Penyelesian 
  • Hutang Setelah Diskaun 15 % 
  • Jumlah Keseluruhan Tunggakan Pinjaman