Pages

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Melalui Maybank2u 2017

Saya akan tunjukkan step-by-step cara nak lakukan TRANSFER duit dari maybank2u - ASB anda. Ini hanya untuk pengguna maybank2u dan pemilik ASNB dengan maybank sahaja ok.

LANGKAH 1:
Pergi ke laman web MAYBANK2U dan masukkan username serta password dan klik "Login"


LANGKAH 2: 
Klik pada bahagian "INVESMENT".
LANGKAH 3: 
Klik pada bahagian "ASNB UNIT TRUST".

LANGKAH 4:
Klik pada bahagian "ADD BUTTON" jika anda pengguna untuk pertama kali dalam pembayaran ASNB menerusi maybank2u.

LANGKAH 5: 
Pilih pada bahagian "AMANAH SAHAM BUMIPUTERA" dan terus klik "CONTINUE".

LANGKAH 6: 
Scroll ke bawah dan klik untuk "TICK" pada checkbox tersebut dan klik "CONTINUE".

LANGKAH 7: 
Masukkan maklumat yang diminta seperti dalam gambar tersebut. Sudah selesai click "CONTINUE".

LANGKAH 8: 
Klik request TAC, Code TAC anda akan dapat SMS menerusi telefon bimbit anda, sudah dapat sila masukkan TAC tersebut dan klik "COMFIRM".

LANGKAH 9: 
Jika ianya tertulis "ACCEPTED" bermakna akaun ASB anda dalam maybank2u berjaya didaftarkan, anda hanya perlu tunggu tempoh apporvenya sahaja.

LANGKAH 10: 
Beriku adalah Paparan penerimaan atau akaun anda masih dalam status menunggu "PENDING".

LANGKAH 11: 
Jika sudah aktif bermakna paparan status anda akan bertukar dari "PENDING" ke "ACTIVE".

LANGKAH 12: 
Patah balik kepada LANGKAH 5 dan pilih semula :AMANAH SAHAM BUMIPUTERA-NAMA ANDA" dan click "CONTINUE".

LANGKAH 13: 
Scroll ke bawah dan klik untuk "TICK" pada checkbox tersebut dan klik "CONTINUE".

LANGKAH 14: 
Masukkan berapa jumlah anda nak topup untuk pelaburan asb anda, dan terus klik "COMFIRM".

LANGKAH 15: 
Jika status dan "SUCCESSFUL" bermakna sudah berjaya, anda boleh "PRINT RECEIPT" pada butang dibawah dan selesai.